Latar Belakang
Program Peningkatan Akademik ini dirangka khusus untuk pelajar Tahun Enam, 2009. Pelajar Tahun Enam, kumpulan Cemerlang, Potensi dan Selamat adalah sasaran dalam peningkatan dan kecemerlangan UPSR 2009 sejajar dengan hasrat menjadikan Sekolah Kebangsaan Guar Lobak sebagai Sekolah Cemerlang Daerah Kulim / Bandar Baharu. Mereka perlu cemerlang sama ada dalam bidang akademik, sahsiah dan pengurusan diri serta masa. Justeru itu, mereka perlu di beri pendedahan ke arah peningkatan diri dari sudut pengurusan diri dan masa, disiplin serta kecemerlangan akademik.
Rasional
Sekolah Kebangsaan Guar Lobak adalah salah sebuah sekolah luar bandar yang berpotensi dan berdaya maju. Analisa pencapaian UPSR 2008, menunjukkan pencapaian keseluruhan yang sederhana. Terdapat beberapa aspek yang boleh diatasi, diperbaiki dan dipertingkatkan bagi mencapai peratus kelulusan yang lebih berkualiti dan cemerlang sejajar dengan hasrat menjadikan Sekolah Kebangsaan Guar Lobak sebagai Sekolah Cemerlang.
1. Memberi kesedaran dan pengalaman baru kepada pelajar – pelajar mengenai teknik dan strategi belajar yang berkesan agar dapat meningkatkan keupayaan mental dan fizikal para pelajar dalam membuat perancangan belajar dengan lebih tersusun dan teratur.
2. Menyedari pentingnya pelajaran di dalam hidup dan merasa yakin untuk menghadapi segala cabaran hidup terutamanya peperiksaan UPSR 2009 yang akan ditempuhi kelak.
Objektif
Supaya murid Tahun Enam, 2009 memperolehi kejayaan “lompatan saujana” dan diharap program ini menjadi penjana atau katalis ke arah kecemerlangan UPSR 2009 kelak.
1.Membina target peperiksaan dan keyakinan terhadap kebolehan setiap individu.
2.Memberi persediaan mental dan rohani kepada pelajar yang bakalmenduduki UPSR 2009 kelak.
3.Melatih para pelajar dalam aspek disiplin dan kepimpinan.
4.Menanamkan sifat kesedaran tentang pentingnya pelajaran dan pengurusan masa yang betul.
5.Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah – kaedah berfikir secara kreatif dan kreatif serta teknik dan strategi belajar yang betul.
6.Melatih pelajar cara berkomunikasi dengan baik dan beradap, menepati masa dan boleh mendisiplinkan diri.
7.Menjadikan pelajar sebagai agen penyebar maklumat kepada rakan – rakan mengenai teknik dan strategi belajar yang betul dan berkesan.
Visi
Adalah diharapkan program ini akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar tahun 6, sesi 2009 dalam semua mata pelajaran melalui penerapan budaya belajar yang berkesan dan berterusan dengan member penekanan kepada aktiviti pemulihan, pengayaan dan pengukuhan. Seterusnya dengan adanya program ini, pihak sekolah mengharapkan agar dapat mempertingkatkan pencapaian sekolah dalam keputusan UPSR kelak, seperti berikut :-
Peratus pelajar lulus keseluruhan mata pelajaran meningkat dari 52.2 % ke 70.09 % atau seramai 164 orang
Peratus pelajar mendapat 5A sebanyak 10.3 % atau seramai 24 orang
Peratus pelajar gagal dalam semua mata pelajaran kurang dari 4 %.
Misi
Memantapkan pengajaran dan pembelajaran.
Melaksanakan semua program sekolah,PPD,JPN dan Kementerian.
Memaksimumkan penggunaan sumber.
Mewujudkan budaya kajian dan pembangunan.
Memperbanyakkan ruang ilmu
Guru, pelajar dan waris bermotivasi tinggi.
Sasaran
Jumlah semua pelajar tahun 6, sesi 2009 adalah seramai 234. Para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan sasaran.
Aspirasi 50 orang
Potensi 100 orang
Sinar 60 orang
Alamanda 24 orang
Monday, November 2, 2009
Program Peningkatan UPSR Sekolah Kebangsaan Guar Lobak 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wa lawa la blog korang
ReplyDelete